BUY NOW PAY LATER Spend RM150 & above, pay with SHOPBACK or ATOME today! [Malaysia Only]
Dapatkan Shawl Sulam Di Fana Couture Sekarang
November 16, 2022

Posted by FANA COUTURE SDN BHD

Terdapat banyak jenis tudung yang telah dimodenkan design mengikut perubahan masa. Ini juga termasuklah dengan shawl sulam.

Bagi wanita yang lebih suka design yang simple serta cepat, anda boleh pakai tudung instant yang hanya tinggal sarung sahaja.

Tetapi, tudung bawal dan shawl sulam juga tidak kurang hebatnya dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Selain terdapat pelbagai jenis tudung, corak yang dikenakan pada tudung juga mempunyai pelbagai jenis. Corak yang dihasilkan mampu memberi impak besar kepada pemakainya.

Terdapat jenis corak seni moden yang bergaya abstrak, ada juga yang menggunakan elemen floral bagi menaikkan aura feminin.

Warna tudung dan corak turut memainkan peranan. Sebagai contoh, terdapat corak yang dihasilkan printed dengan menggunakan warna warna pastel atau warna lembut.

Ada juga yang menggunakan warna bold untuk tampak lebih menyerlah.

Bagi tudung jenis satin atau jenis shawl sulam ada cara penjagaannya yang tersendiri bagi memastikan kualiti tudung tahan lama.

Bagi wanita yang berhijab, amat penting dengan ‘final look’ mereka apabila mengenakan tudung tersebut. Boleh rosak mood kalau awning tudung tak menjadi seperti yang diharapkan.

 

Apa Itu Sulam/Sulaman?

sulam sulaman

Terdapat banyak jenis teknik jahitan dan salah satu yang menarik dan unik adalah sulaman atau dikenali juga sebagai ‘embroidery’.

Bagi menghasilkan sulaman, penggunaan alat seperti ram, jarum sulam, benang sulam adalah wajib.

Jarum sulam mempunyai saiz yang lebih besar daripada jarum jahit yang biasa. Corak yang akan disulam juga harus disediakan sebelum memulakan sulaman.

Terdapat 2 cara bagi menghasilkan sulaman iaitu menggunakan mesin dan sulaman.

Sulaman, lazimnya, dihasilkan secara manual menggunakan tangan dan biasanya mengambil masa yang lama untuk disiapkan mengikut jenis corak.

Penggunaan mesin akan lebih memudahkan kerja dan dapat menjimatkan banyak masa untuk menyiapkan sulaman.

 

Tips Penjagaan Kain Sulam

Penjagaan kain sulam adalah berbeza dengan kain cotton yang biasa digunakan.

Ianya memerlukan penjagaan khusus bagi memastikan sulaman tidak rosak dan kualitinya tahan lama.

Jom baca lebih lanjut untuk tips penjagaan kain sulam.

1.   Tidak Basuh Menggunakan Berus

tidak menggunakan berus

Tips pertama yang paling penting adalah ketika membasuh pakaian atau kain yang mempunyai sulaman. Pakaian yang bersulam tidak boleh diberus.

Adalah lebih baik ianya digosok menggunakan tangan bagi mengelakkan sulaman tersebut rosak atau berbulu. Alternatif lain yang boleh digunakan adalah dihantar ke dobi untuk cucian kering (dry cleaning).

 

2.   Elak Minyak Wangi pada Sulaman

Seterusnya, amat penting untuk tidak menggunakan minyak wangi ‘direct’ pada pakaian yang mempunyai sulaman.

Penggunaan minyak wangi boleh menjejaskan kualiti sulaman di kain kerana minyak wangi, lazimnya, mengandungi alkohol.

Alkohol boleh menghakis lapisan luar benang sulaman dan seterusnya akan menjadikan sulaman itu mudah rosak.

 

3.   Jangan Rendam dengan Sabun atau Peluntur Terlalu Lama

Tips yang mungkin ramai terlepas pandang ialah pakaian yang mempunyai sulam atau bermanik tidak boleh direndam terlalu lama.

Lebih-lebih lagi jika direndam dengan campuran sabun dan peluntur. Terus mencuci dan membilas pakaian tersebut adalah lebih baik.

 

4.    Mengenakan Suhu yang Betul

suhu yang betul

Akhir sekali, penggunaan seterika pada baju yang bersulam perlu diberi perhatian.

Hendaklah menggosok pakaian ini secara terbalik dan tidak terlalu menekan pada sulaman yang ada. Suhu yang digunakan juga haruslah tidak terlalu panas.

 

Jom Dapatkan Shawl Sulam di Fana Couture

 fana couture

(Fana Couture Cawangan KL East Mall)

 

Buat pengetahuan anda, Fana Couture mempunyai koleksi shawl sulam iaitu Nuha Shawl Sulam yang sesuai digunakan dalam pelbagai majlis dan acara.

Berikut merupakan details mengenai Nuha shawl sulam:

Nuha shawl sulam

(Model memakai Nuha Shawl Sulam berwarna 02- Apricot)

Harga :            RM51.00

Material:         Geogette Chiffon

Style:               Shawl Labuh (Bersulam)

Digayakan menggunakan jarum dan inner tudung

Ukuran:           185cm x 70cm

Penjagaan:     Gosok – Suhu minima / Suhu rendah

                        Basuh – Mesin / Tangan

                        Keringkan – Sidai / Gantung

Ciri – ciri:        Material sejuk, breathable, dry fit

Sesuai untuk:  Casual & Smart casual

Boleh dipadankan dengan baju plain atau bercorak

Shawl sulam ini di datangkan dalam pelbagai warna yang cantik. Antaranya adalah seperti:

  1. 01 Wine
  2. 02 Apricot
  3. 03 Orche
  4. 04 Navy Blue
  5. 05 Imperial Magenta
  6. 06 Green Apple
  7. 07 New York Pink
  8. 08 Tango Pink
  9. 09 Iris Purple

Kesimpulan

Kini, terdapat banyak jenis tudung yang boleh didapati dengan pelbagai design.

Namun penjagaan bagi setiap material atau fabric adalah berbeza mengikut jenis. Bagi memastikan kualiti terjaga dan tahan lama hendaklah mengetahui cara penjagaan yang betul dan sesuai.

Di Fana Couture bukan sahaja mempunyai shawl sulam dan tudung yang menarik, ada juga baju kurung, blouse dan aksesori seperti scrunchie, magnet brooch dan make up bag. Bukan sahaja barangan wanita, ada juga pakaian untuk lelaki seperti kurta untuk dewasa dan kanak kanak.

Di Fana Couture kami sangat mementingkan kualiti dalam setiap perkara yang dilakukan. Percaya dan rasa hormat juga akan menjadi keutamaan.

Dengan slogan #bergayabersahaja akan membuat Fana Couture akan terus menghasilkan produk dan menjalankan bisnes dengan lebih baik.

Jika berminat, anda boleh hubungi terus di talian 03-61277864 atau whatsapp kami di +6016-2648025.

Anda boleh melayari website Fana Couture untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi yang terkini.

Dapatkan Nuha Shawl Sulam Di Link Ini Sekarang!


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping