BUY NOW PAY LATER Spend RM150 & above, pay with SHOPBACK or ATOME today! [Malaysia Only]
6 Tudung Sarung dan 6 Tudung Bawal Terkini
December 22, 2022

Posted by FANA COUTURE SDN BHD

Dengan pelbagai pilihan dan lambakan tudung di pasaran, pasti mengelirukan anda yang mementingkan gaya dan keselesaan untuk membuat pilihan.

Terdapat variasi tudung dari segi material, rekaan serta jenama contohnya seperti tudung sarung dan tudung bawal seiring dengan fesyen hijab terkini.

Tak lupa juga, tudung sarung menjadi pilihan kebanyakan wanita tidak kira tua atau muda kerana mudah dan pantas dipakai hanya perlu 3 saat sahaja.

Tudung jenis ini perlu dijaga rapi supaya awning tudung kekal terbentuk cantik.

Semua ini terpulang kepada citarasa anda. Ada yang lebih gemar menggayakan tudung bawal kerana kelihatan lebih anggun.

Anda tidak perlu risau, dengan rekaan terkini seiring dengan perubahan fesyen tudung, Fana Couture telah mengeluarkan banyak koleksi baru tudung sarung dan tudung bawal untuk digayakan dalam pemakaian harian anda.

 

6 Tudung Sarung di Fana Couture

1. Yuna Bawal Express

tudung sarung

Koleksi terbaru yang pertama adalah Yuna Bawal Express. Bahagian awning dan kain tudung diperbuat daripada material Ribbed Cotton.

Mempunyai belahan di tengah memudahkan anda untuk menggayakannya dengan gaya yang anda suka.

Didatangkan dengan free size (bidang 48) dan 9 pilihan warna iaitu Sofuto, Milky, Macadamia, Blue Marble, Risotto, Red Velvet, Oyster, Espresso dan Grey Ghost.

Boleh dibasuh secara hand wash atau menggunakan mesin basuh. Tetapi untuk ironing, anda tidak boleh menggunakan suhu yang tinggi dan elakkan daripada seterika di bahagian awning.

2. Ivy Bawal Express Printed

tudung sarung

Untuk Ivy Bawal Express Printed pula, ia diperbuat daripada material chiffon manakala awning nya menggunakan material cotton. Penggayaannya bebas sama seperti Yuna Bawal Express.

Tudung ini juga berukuran bidang 48. Jadi, anda boleh bergaya sambil menutup aurat dengan sempurna.

3. Nadeeya Bawal Express

tudung sarung

Anda suka akan tudung bercorak abstrak? Kami cadangkan koleksi Nadeeya Bawal Express.

Uniknya, tudung ini adalah diperbuat daripada material lycra yang tidak melekap di badan, dan bahagian awningnya daripada material cotton.

4. Wanda Premium

tudung sarung

Berbeza dengan koleksi-koleksi yang sebelumnya, Wanda Premium tidak memerlukan pin tudung untuk memastikan ia terletak di atas bahu.

Pemakaiannya adalah sangat mudah dan cantik terletak di atas bahu. Bahagian awningnya diperbuat daripada cotton dan selebihnya daripada chiffon.

Cara penjagaan juga sama seperti tudung-tudung yang sebelumnya.

Terdapat 15 rekaan corak dan warna yang berbeza. Ia hanya mempunyai free size.

5. Damia Signature

tudung sarung

Untuk Damia Signature pula, ia diperbuat daripada lycra. Manakala material untuk awningnya pula diperbuat daripada cotton.

Didatangkan dengan pelbagai corak abstrak dan warna yang menarik, koleksi ini mempunyai dua saiz iaitu M dan L.

6. Ixora Bawal Express

tudung sarung

Koleksi seterusnya ini mempunyai konsep yang sama seperti tudung sarung. Diperbuat daripada material Exclusive Textured Chiffon dan bahagian awning nya daripada material cotton

Ini membuatkan tudung sarung Bawal Ixora Express lebih up-to-date. Anda hanya perlu sarung dan adjust kelabuhan tudung mengikut gaya yang anda inginkan.

Koleksi ini memiliki pelbagai warna seharian seperti yellow, brown, red, plum dan banyak lagi.

Selain rekaan tudung sarung, Fana Couture turut menghasilkan pelbagai koleksi tudung bawal untuk para penggemar bawal.

 

6 Tudung Bawal di Fana Couture

1. Seri Bawal Sulam

tudung bawal sulam

Seri Bawal Sulam, koleksi tudung bawal pertama direka dengan sulam berbunga yang dihiasi dengan manik yang tidak begitu sarat.

Jadinya, tudung bawal ini tidaklah begitu kosong tanpa hiasan. Material tudung ini menggunakan Georgette Chiffon dan bersaiz bidang 48.

Ia boleh dibasuh secara hand wash atau menggunakan mesin basuh. Tetapi untuk ironing pula, anda tidak boleh menggunakan suhu yang tinggi.

2. Yuki Bawal Satin

bawal satin

Koleksi seterusnya diperbuat daripada material satin matte dengan saiz bidang 48. Material jenis ini kebiasaannya membuat si gadis kelihatan lebih anggun.

Terdapat pelbagai pilihan warna seperti Swan White, Baby Blue, Black, Plum Purple, Mocha dan sebagainya.

3. Irsa Bawal Printed

bawal printed

Anda peminat bawal printed? Kalau ya, jadikan koleksi ini sebagai pilihan utama anda. Tudung yang menggunakan material Georgette Chiffon, senang dibentuk dan saiz bidang 46.

Material yang sejuk dan ringan pasti membuatkan anda selesa walaupun memakainya sepanjang hari.

4. Warda Bawal Printed

tudung bawal

Berbeza dengan rekaan tudung bawal yang sebelumnya, Warda Bawal Printed dihasilkan dengan material Cotton Voile dan bersaiz bidang 50.

Cara penjagaannya juga sama, boleh dibasuh dengan mesin atau hand wash, tetapi untuk ironing, anda tidak boleh menggunakan suhu yang tinggi.

Pelbagai corak abstrak dengan kombinasi warna yang sesuai amat manis untuk digayakan.

Corak minimal yang sesuai bagi sesiapa yang berminat untuk mencubanya!

5. Neylis Bawal Plain

tudung bawal terkini

Bagi penggemar bawal yang simple dan tidak bercorak, ini adalah untuk anda. Materialnya adalah Mixed Polyester dan senang dijaga.

Saiz tudung ini adalah bidang 45 dan ada 11 warna yang sesuai digayakan bersama baju anda.

Tudung yang wajib ada untuk semua wanita, senang nak matching dengan semua baju!

6. Dhea Bawal Premium

tudung bawal terkini

Koleksi terakhir yang ingin dikongsi disini adalah Dhea Bawal Premium yang nampak ekslusif dengan tampalan beberapa manik di tudung.

Tampalan butiran manik secara minimalis menampakkan design exclusive tudung ini.

Material adalah 99% Premium Matte Satin dan 1% Strass. Terdapat 12 jenis rekaan corak yang simple dan warna yang lembut.

Berikut adalah antara koleksi terpilih untuk dikongsi dalam artikel ini. Banyak lagi rekaan tudung, baju dan aksesori yang akan membuatkan anda rambang mata.

Layari website FanaCouture atau datang sendiri ke butik Fana Couture berhampiran dengan anda.

Jangan tunggu lagi, dapatkan tudung di Fana Couture sekarang!


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping