BUY NOW PAY LATER Spend RM150 & above, pay with SHOPBACK or ATOME today! [Malaysia Only]
Tudung Instant: Praktikal dan Mudah
May 24, 2022

Posted by BOMSTART MEDIA

Pemakaian tudung instant amat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi wanita yang sedang bersiap untuk pergi ke kerja mahupun shopping

Meskipun pelbagai jenis tudung sudah berada di pasaran terkini, pemakaian tudung sarung lebih praktikal dan sering mendapat sambutan. 

Tetapi, apa yang membuatkan ia popular dan tidak lapuk dek kemodenan? 

Jika anda ingin tahu maklumat yang lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini. 

4 Sebab Anda Perlukan Tudung Instant

Jika diteliti consumer behaviour di Internet mahupun pembelian secara fizikal di kedai atau butik, pasti ada yang akan membeli koleksi terdahulu, betul? 

Sama seperti tudung, pasti ada peniaga yang meneruskan jualan tudung instant atau tudung sarung. 

Ini bermakna sambutan tudung sarung masih lagi relevan meskipun masa kini jauh lebih moden. 

 Menjimatkan Masa

Sebab utama mengapa para wanita suka memakai tudung sarung adalah kerana ia mudah, praktikal dan pantas. 

Hanya perlu sarung dan kemaskan sedikit, sudah siap! Tidak sampai 5 saat pun pakai tudung sarung ini. 

Lebih menariknya, tudung sarung mempunyai pelbagai warna dan corak cantik. 

Ibu dan anak-anak perempuan boleh menjadi rambang mata ketika memilih tudung yang diingini.

 Patuh Syariah

Sama seperti tudung bawal dan koleksi hijab yang lain, tudung sarung juga mempunyai saiz yang bersesuaian dengan citarasa pembeli. 

Kebanyakan tudung sarung di pasaran bersifat labuh, tidak jarang dan menutup dada. Jadi, lebih mudah untuk menutup aurat, betul? 

 Kekemasan

Jika dibandingkan dengan tudung bawal mahupun shawl, pemakaian tudung sarung adalah jauh lebih kemas. 

Ini disebabkan ia tidak memerlukan lilitan setiap kali anda menggayakannya. 

Buat anda yang suka mix and match antara pakaian kosong dan bercorak, kombinasi tudung sarung dan baju amat sesuai dipadankan bersama. 

Anda akan tampak lebih berkeyakinan dan bergaya dengan pemakaian yang smart casual dan kemas sebegitu. 

Penjagaan Tudung Lebih Mudah

cara penjagaan tudung

Seperti yang kita tahu, penjagaan tudung sarung adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan tudung jenis lain. 

Ini kerana kebanyakkan koleksi tudung lain diperbuat daripada material anti-kedut. Jadi, lagi mudah kerja anda untuk mencuci tudung ini. 

Setelah cuci dengan bersih dan kering, anda boleh terus lipat atau gantung di dalam almari pakaian. 

Penjagaan Awning Tudung Sarung

Buat mereka yang minat dan membeli koleksi tudung sarung, pasti akan stres apabila awningnya rosak. 

Sebab itu, kami akan kongsikan beberapa tips penting penjagaan awning tudung sarung agar ia tidak cepat rosak ataupun luntur warna.  

 

Cara Membasuh

cara membasuh tudung dengan betul
  • Cuba biasakan diri untuk cuci tangan. Elakkan menguna mesin basuh kerana akan membuat awning rosak.
  • Rendamkan tudung dalam air sabun selama 3-5 minit. Selepas itu, sental tudung tersebut secara perlahan terutamanya di bahagian bawah dagu. 
  • Pada bahagian itu, berkemungkinan terdapat sedikit kotoran seperti kosmetik dan kesan minyak yang tumpah daripada makanan. 
  • Kemudian, cuci dan bilas tudung sarung dengan bersih. Dan, rendamkannya ke dalam pelembut fabrik selama 2 minit. 
  • Tips terakhir ini amat penting iaitu jangan perah bahagian awning tudung sarung. Ia akan lebih cepat untuk rosak dan menghilangkan keanjalan awning tersebut. 

Cara Menjemur

cara menjemur tudung

Untuk cara menjemur tudung sarung pula, anda digalakkan untuk sidai di ampaian tanpa menggunakan penyangkut.

Penggunaan penyangkut pada tudung ini akan memberikan kesan berbekas pada bahu tudung. 

Cara Menyimpan

Seterusnya, cara menyimpan tudung sarung juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan awning. 

Cara yang betul adalah dengan melipat tudung tersebut dari kedua-dua sisi dan bawah. Kemudian, gulung bahagian lipatan tadi dan masukkan ke dalam awning. 

Untuk penyimpanan di dalam almari pakaian pula, pastikan tudung sarung itu tidak ditindih oleh apa-apa pakaian di atasnya. 

Cara Menggosok

cara menggosok tudung

Walaupun tudung sarung kebanyakannya bersifat anti-kedut, tetapi pasti anda ingin menggosoknya kerana sudah terbiasa berbuat begitu. 

Pastikan suhu seterika tidak terlalu panas terutamanya apabila anda ingin gosok di bahagian awning. 

Ini juga untuk mengelakkan daripada kesan terbakar dan luntur warna pada awning. 

4 Koleksi Tudung Sarung Menarik di Fana Couture

Di sini, kami akan serta beberapa koleksi tudung sarung daripada butik kami. Hati-hati, jangan sampai rambang mata ya.

 Wanda Premium

tudung sarung

Koleksi yang pertama ialah Wanda Premium. Bahagian awning-nya diperbuat daripada material cotton, manakala selebihnya adalah chiffon

Pemakaiannya adalah sangat mudah dan cantik terletak di atas bahu. Dengan ini, anda tidak memerlukan pin tudung untuk memastikan ia tidak bergerak. 

Ia boleh dibasuh secara hand wash atau menggunakan mesin basuh. Tetapi, untuk ironing pula, anda tidak boleh menggunakan suhu yang tinggi dan juga elakkan daripada seterika di bahagian awning. 

Damia Signature

tudung sarung

 

Untuk Damia Signature pula, ia diperbuat daripada material lycra. Material untuk awning-nya pula diperbuat daripada cotton

Koleksi ini mempunyai dua saiz iaitu M dan L. Cara penjagaannya adalah sama seperti Wanda Premium. 

 Damia Plain

tudung sarung

 

Koleksi ini sedikit berbeza daripada 2 pilihan di atas. Ia tidak mempunyai apa-apa corak pada bahagian kain. 

Selain itu, Damia Plain 100% cotton pada awning dan lebihan kainnya. 

Ia hanya mempunyai 4 pilihan warna iaitu Mustard, Blue Jeans, Grape,dan Porcelain

Cara penjagaannya pula adalah sama seperti koleksi tudung sarung yang dinyatakan di atas. 

 Damia Premium

tudung sarung

Buat mereka yang suka akan corak berbunga dan kombinasi dua warna, koleksi Damia Premium adalah yang pilihan terbaik. 

Ia diperbuat daripada material chiffon, jadi, ia pasti berikan efek flowy yang kemas apabila ditiup angin. Ia hanya mempunyai free size. 

Selain daripada koleksi-koleksi yang ada di atas, butik kami turut menjual tudung sarung edisi bawal ekspres

Kami akan sertakan juga beberapa koleksi tersebut di bawah ini:

 Ivy Bawal Express Printed 

bawal express printed

Ivy Bawal Express Printed diperbuat daripada chiffon. Selain daripada beri efek flowy, tudung ini juga boleh diperagakan dengan pelbagai gaya. 

Tudung ini juga berukuran bidang 48. Jadi, anda boleh bergaya sambil menutup aurat dengan sempurna. 

Jika anda suka akan design dan corak pada tudung ini, anda boleh melihat katalog Ive Bawal Express Printed di sini

Ixora Bawal Express

bawal express

Seperti namanya, Ixora Bawal Express ini mempunyai konsep yang sama seperti tudung sarung. 

Anda hanya perlu sarung dan adjust kelabuhan tudung mengikut gaya yang anda inginkan. 

Yang menariknya, awning tudung ini tidak cepat rosak meskipun ia terkena angin. 

Koleksi ini memiliki pelbagai warna seharian seperti light yellow, olive green, dark green, rogue pink dan sebagainya. 

 Nadeeya Bawal Express

bawal express

Anda suka akan tudung bercorak bunga dan abstrak? Kami cadangkan koleksi Nadeeya Bawal Express. 

Uniknya, tudung ini adalah kerana ia diperbuat daripada lycrayang tidak melekap pada badan, manakala awningnya daripada cotton. 

Anda tidak akan mengalami masalah awning rosak sebab sifat cottonialah cantik terletak.

Cara penjagaan tudung ini juga amat mudah kerana ia boleh dibasuh dengan mesin basuh mahupun cucian tangan. 

Kesimpulannya, pemilihan tudung sarung masa kini sangat memudahkan si pemakai serta menjimatkan masa.

Jika ingin mendapatkan tudung sarung yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkannya daripada kami di Fana Couture.

Diperbuat daripada material yang berkualiti, anda pasti akan terjatuh hati hanya dengan sentuhan pada fabriknya. 

Lebih-lebih lagi apabila ada corak yang berjaya menarik perhatian anda. Anda pasti akan menjaganya dengan baik agar ia bertahan untuk tempoh masa yang lama. 

Anda inginkan koleksi tudung sarung yang bercorak atau plain? Semuanya ada di Fana Couture! Anda boleh dapatkannya di laman web atau butik kami di: 

  • AEON Mall Shah Alam
  • Bangi Sentral 
  • KL East Mall 
  • Melawati Mall 
  • East Coast Mall 
  • Aeon Mall Kota Bharu 
  • KTCC (Kuala Terengganu City Centre) 
  • Dataran Austin 
  • Ipoh
  • Sungai Petani 
  • Aman Central Mall 
  • Aeon Tebrau City 

Cepat dapatkannya sementara stok masih ada! Klik link di bawah untuk ke laman web kami sekarang. 

Dapatkan Tudung Sarung Di Fana Couture 


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping