BUY NOW PAY LATER Spend RM150 & above, pay with SHOPBACK or ATOME today! [Malaysia Only]
Baju Kurung Raya Yang Berkualiti dan Mampu Milik Hanya Di Fana Couture
March 17, 2022

Posted by BOMSTART MEDIA

Kini kita sudah pun semakin dekat di ambang Ramadan. 

Pasti ada antara kita yang sudah mula mencari kelengkapan dan baju untuk hari raya. 

Sudahkah anda tetapkan warna tema untuk diperagakan pada tahun ini?

Artikel ini akan kongsikan beberapa tips dalam memilih baju raya supaya anda tampil cantik dan selesa pada hari Syawal.

5 tips membeli baju raya

1. Pastikan saiz yang betul

Sebelum membuat pembayaran, pastikan anda semak dahulu ukuran saiz untuk baju pilihan anda. 

Ini adalah benda utama dalam pemilihan setiap pakaian, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara dalam talian.

Pastikan anda tahu saiz dan ukuran badan sendiri. 

Ini kerana setiap jenama mempunyai potongan baju dan saiz yang berbeza. 

Anda tidak boleh menganggap saiz baju anda adalah sama untuk semua jenama.

2. Material yang digunakan

Anda perlu pandai memilih material pakaian yang sesuai. 

Elakkan memilih material fabrik yang terlalu tebal atau terlalu nipis. 

Kelemahan pembelian dalam talian adalah anda tidak boleh memegang dan mencuba barangan yang dikehendaki

Fabrik yang terlalu nipis pula akan ternampak jarang, manakala fabrik yang terlalu tebal pula akan membuatkan anda panas. 

Terutamanya kaum perempuan yang sibuk menyediakan jamuan makanan serta melayan tetamu. 

Sudah pasti anda berasa tidak selesa, bukan?

Sebaiknya, pilihlah fabrik yang serap peluh. 

Oleh itu, pastikan anda periksa dahulu material baju yang dipilih sebelum klik butang checkout. 

3. Perbezaan warna dalam gambar dan realiti

Kadang-kadang, warna baju yang dibeli tidak sama dengan warna yang ditunjukkan dalam gambar. 

Perkara ini sudah biasa berlaku apabila membeli pakaian di mana-mana platform online.

Anda perlu lebih berhati-hati semasa membeli. 

Jadi, pastikan anda baca dulu review daripada pelanggan sebelumnya mengenai warna dan material baju yang dipilih.

Dengan ini, anda boleh membuat perhitungan sama ada mahu meneruskan pembelian baju tersebut atau tidak.

4. Periksa perincian atau ‘details’ kecil pada baju

Kadang-kadang pasti ada perincian kecil yang mungkin anda terlepas pandang semasa membeli barang secara dalam talian. 

Contohnya seperti kedudukan zip atau butang yang tidak sesuai dengan anda.

Baju yang mempunyai aksesori atau labuci pada baju mungkin tidak beberapa sesuai untuk digayakan oleh anda yang ada anak kecil. 

Lebih selesa lagi apabila anda memilih baju yang kids friendly atau corak yang minimum.

5. Bandingkan harga

Menjelang Aidilfitri tahun ini, pasti akan ada banyak butik online yang mengadakan promosi besar-besaran. 

Contohnya seperti Zalora, Poplook, Fashion Valet dan banyak lagi. 

Setiap tahun tidak sah kalau tiada jualan hari raya diadakan.

Selain diskaun dan promosi lain, ada juga butik yang menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan mereka. 

Semuanya terpulang kepada anda untuk membuat pilihan bijak untuk membeli baju raya anda.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan baju raya tahun ini?

Berikut kami akan kongsikan antara trend baju raya bagi tahun ini.

5 Trend Baju Raya 2022 oleh Fana Couture

Raisya Kurung Printed

baju kurung raisha

Pasti sesiapa yang menggayakan baju kurung daripada Raisya ini akan berasa selesa kerana fabriknya diperbuat oleh Korean crepe dan chiffon.

Dengan corak baju kurung printed yang menarik, pasti ia akan menaikkan lagi seri anda sekaligus dapat mewujudkan emosi yang ceria pada hari syawal.

Tun Fatimah Kebarung

baju kurung tun fatimah

Tun Fatimah Kebarung merupakan antara koleksi terbaru di Fana Couture untuk Aidilfitri 2022.

Kebarung ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan ketika anda hari raya sahaja, malah boleh juga dipakai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun masuk ke pejabat.

Tidak hairanlah kenapa koleksi ini merupakan antara pilihan wanita di luar sana kerana cepat sangat kehabisan stok di butik.

Namun, jangan risau, anda masih boleh mendapatkannya secara online di website.

Orkid Kurung Kedah

baju kurung orkid

Bagi anda yang sukakan konsep minimalis, Baju Kurung Orkid ini adalah untuk anda.

Dengan diperbuat daripada cotton berkualiti tinggi, baju ini sememangnya selesa dan sangat sesuai dipakai di Malaysia.

Tanpa ragu-ragu, pasti anda akan kelihatan anggun menawan menggayakan baju kurung ini di pagi raya.

Kuntum Kurung Moden

baju kurung kuntum

Dengan penampilan cutting straight cut, aura keyakinan anda akan lebih terserlah apabila mengenakan Baju Kurung Moden Kuntum.

Seperti koleksi-koleksi Fana Couture yang lain, baju ini juga merupakan baju kurung mesra wuduk. 

Jadi, anda tak perlu risau kerana ia tidak akan menghalang pergerakan anda semasa berwudhu.

Melur Kurung Kedah

melur kurung kedah

Walaupun set baju kurung Kedah ini tidak bercorak, anda tetap boleh menggayakannya dengan tudung bercorak untuk menaikkan seri.

Selain dengan tawaran harga mampu milik, baju kurung Melur ini juga selesa, breathable dan sejuk. 

Ini pasti akan mencuri hati setiap wanita dan kami yakin anda akan berpuas hati dengan kualiti koleksi baju ini.

Kesimpulannya, pemilihan baju raya tidaklah semudah seperti yang disangka. Lebih-lebih lagi, kaum wanita yang amat mementingkan keselesaan, warna dan juga designbaju kurung. 

Moga dengan panduan serta tips membeli baju raya secara online ini boleh membantu anda membuat pilihan yang bijak sekaligus memeriahkan lagi lembaran syawal tahun ini.

Disebabkan itu, Fana Couture sentiasa mementingkan kualiti pakaian agar ia boleh dipakai untuk jangka masa lama. 

Dengan bertemakan “Kepulangan Yang Dinanti”, Fana Couture memberi aura menyambut hari lebaran bersama seisi keluarga yang tercinta. 

Semestinya, menyambut hari lebaran bersama keluarga adalah suatu nikmat yang amat bermakna buat semua orang. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan koleksi baju raya Fana Couture yang cantik, selesa dengan harga yang mampu milik, anda boleh mendapatkannya di salah satu lokasi berikut: 

  • AEON Mall Shah Alam
  • Bangi Sentral 
  • KL East Mall 
  • Melawati Mall 
  • East Coast Mall 
  • Aeon Mall Kota Bharu 
  • KTCC (Kuala Terengganu City Centre) 
  • Dataran Austin 
  • Ipoh
  • Sungai Petani 
  • Aman Central Mall 
  • Aeon Tebrau City 

Jadi, mari dapatkan koleksi baju raya untuk seisi keluarga hanya di Fana Couture. 

Anda boleh melihat katalog koleksi baju raya Fana Couture dengan hanya menekan klik pautan di bawah. 

Dapatkan Koleksi Baju Raya Fana Couture Sekarang! 


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping