Fana Couture, Tempat No.1 Untuk Membeli Baju Kurung Moden

Adakah anda sedang mencari baju kurung moden untuk dipakai ketika bekerja di pejabat mahupun menghadiri majlis? 

Jika itu yang anda sedang cari, kami ada solusi terbaik untuk anda. 

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda tempat no.1 untuk anda dapatkan baju kurung moden yang berkualiti dan harga mampu milik. 

Nak tahu apa di mana boleh dapatkan baju kurung tersebut? 

Baca artikel ini sampai habis.


Perbezaan Antara Kurung Moden dan Kurung Tradisional 

perbezaan baju kurung moden dan baju kurung tradisional

Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional dan menjadi pakaian rasmi masyarakat melayu di Malaysia. 

Kebiasaannya, pemakaian baju kurung ini menjadi pilihan utama ketika hari raya, perkahwinan, pertunangan, serta acara rasmi. 

Terdapat pelbagai variasi antaranya Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. 

Pereka fesyen tempatan mengetengahkan lagi idea untuk memajukan baju kurung supaya tidak lapuk ditelan dek zaman. 

Disebabkan itu, terjadilah baju kurung moden yang diilhamkan dengan pelbagai jenis variasi baru. 

Antaranya ialah baju kurung peplum, baju kurung dress, baju kurung saree, baju kurung pleated dan sebagainya. 

Tetapi, apakah perbezaan yang ada dalam rekaan baju kurung moden dan tradisional ini? 

Berikut adalah perbezaannya: 


  • Pesak di sisi baju
  • Baju kurung tradisional kebiasaannya mempunyai bahagian pesak di sisi baju. 

    Pesak ini bertujuan untuk melonggarkan ukuran baju kurung agar ia selesa dan breathable untuk dipakai oleh kaum wanita. 


  • Jenis kain yang digunakan 
  • jenis kain yang digunakan untuk baju kurung

     

    Salah satu perbezaan antara baju kurung tradisional dan moden adalah jenis kain yang digunakan. 

    Seperti yang kita sering kedengaran, jenis kain yang biasa digunakan untuk baju kurung tradisional adalah cotton.  

    Namun, bagi penghasilan baju kurung moden pula, jenis yang kain yang digunakan adalah satin dan chiffon. 

    Penggunaan kedua-dua jenis kain untuk dapat menghasilkan effect tambahan seperti flowy. 

    Selain itu, baju kurung moden juga seringkali dihiasi dengan lace agar dapat menyerlahkan lagi keayuan si pemakai. 


  • Aksesori
  • Seperti yang dinyatakan di atas, baju kurung moden mempunyai perincian yang teliti. Perincian ini merujuk kepada penambahan aksesori bagi menarik perhatian para pembeli. 

    Penambahan aksesori ini terdiri daripada manik, sulaman, kerawang, dan juga labuci. 

    Setiap aksesori yang ditambah pada baju kurung pasti dapat menambat hati para wanita untuk membelinya. 


  • Ukuran potongan badan
  • Kebiasaannya, baju kurung moden dipotong mengikut potongan badan pada bahagian pinggang. Ini bertujuan supaya baju kurung dan pemakainya tampil lebih kurus. 


    Manakala, baju kurung tradisional mempunyai ukuran potongan yang lebih longgar dan besar untuk memberi keselesaan kepada si pemakai.  


  • Mempunyai zip pada baju 
  • Kalau anda perhatikan design baju kurung moden, ia lebih tertumpu kepada kemudahan untuk mengambil wudhuk ataupun menyusu. 

    Kedua-dua ciri ini boleh diklasifikasikan sebagai wudhuk-friendly dan juga nursing-friendly. 

    Ini dapat memudahkan kaum wanita dan golongan ibu untuk mengambil wudhuk dan menyusukan anak dengan mudah. 

    Tetapi, ciri-ciri ini tidak ada pada baju kurung tradisional. Salah satu sebab nya mungkin juga disebabkan ia sudah memiliki jahitan pesak di sisi.  


    Dapatkan Baju Kurung Moden di Fana Couture 

    Sekiranya anda sedang mencari baju kurung moden yang menarik dan mempunyai warna, anda boleh dapatkannya di butik kami iaitu Fana Couture. 

    Jom tengok list di bawah untuk cuci mata sebelum membuat pembelian di butik kami: 

     

  • Raisya 
  •  

    Pilihan yang pertama kami adalah baju kurung daripada Raisya. Menariknya baju kurung ini diperbuat daripada material yang sangat selesa seperti chiffon dan Korean Crepe.  

    Baju kurung ini amat sesuai untuk dipakai ketika anda menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun masuk ke pejabat. Dengan adanya straight cut, anda pasti menyerlahkan aura konfiden. 

     

  • Juwita 
  •  

    Sama seperti Raisya, baju kurung Juwita ini juga diperbuat daripada Korean Crepe. Material daripada Korean Crepe ini memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada pemakai. 

    Hal ini disebabkan material tersebut tidak panas dan juga lembut. Jadi, ia amat sesuai dipakai oleh kaum wanita di Malaysia.

    Selain itu, baju kurung ini mempunyai design yang sangat menarik, iaitu aksesori ruffles pada bahagian baju.

     

  • Jane 
  •  

    Jika anda sedang mencari baju kurung moden yang tidak mempunyai corak dan minimalis, Jane merupakan pilihan yang paling tepat. 

    Meskipun ia tidak bercorak, anda boleh padankannya dengan pemakaian tudung yang mempunyai corak dan berwarna lembut.

    Ini akan membuatkan anda tampil sangat cantik dan konfiden. Di samping itu, pemakaian seperti ini lebih kemas jika dibandingkan dengan pemakaian yang bercorak secara keseluruhannya. 

     

  • Ratna 
  •  

    Cadangan kami yang terakhir ini adalah baju kurung moden daripada koleksi Ratna. Berlainan dengan 3 pilihan di atas, baju kurung Ratna diperbuat daripada kain cotton

    Sudah tentu baju ini memberi keselesaan, sejuk dan sesuai dipakai di Malaysia. 

    Selain itu, Ratna juga menepati citarasa mereka yang inginkan baju kurung bercorak tetapi masih minimalis. 

    Lebih-lebih lagi, gabungan warna Ratna adalah amat menarik iaitu hijau mudah dan ungu cair. 

    Anda boleh menggayakan pakaian ini dengan pemakaian tudung berwarna cerah seperti cream dan beige. 

    Kesimpulannya, penggunaan baju kurung moden adalah amat popular di kalangan anak-anak muda pada zaman sekarang. 


    Hal ini akan memberikan nafas baharu kepada dunia fesyen untuk mencipta lebih banyak koleksi pakaian yang bermutu, menarik dan kreatif. 

    Oleh itu, kami akan sentiasa memastikan agar Fana Couture dapat memenuhi citarasa dan kehendak daripada para pelanggan. 

    Dengan penggunaan kain material yang selesa, breathable dan sejuk, kami yakin para pembeli akan berpuas-hati dengan kualiti koleksi baju kurung moden kami.

    Fana Couture kini mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia seperti: 

    • AEON Mall Shah Alam
    • Bangi Sentral 
    • KL East Mall 
    • Melawati Mall 
    • East Coast Mall 
    • Aeon Mall Kota Bharu 
    • KTCC (Kuala Terengganu City Centre) 
    • Dataran Austin 
    • Ipoh
    • Sungai Petani 
    • Aman Central Mall 
    • Aeon Tebrau City 

    Tiada masa untuk pergi ke kedai? 

    Jangan risau! 

    Anda boleh membeli koleksi baju kurung kami secara online juga. Mudah saja, kan? 

    Klik link di bawah ini untuk dapatkan koleksi baju kurung moden daripada Fana Couture sekarang! . 


    Dapatkan Baju Kurung Moden di Fana Couture Sekarang