10 Style Terkini Untuk Menggayakan Tudung Bawal Printed

Tudung bawal printed kini menjadi sebutan wanita-wanita di Malaysia kerana coraknya yang menarik lagi menaikkan seri si pemakai. 


Bukan sahaja mudah digayakan, terserlah keayuan para wanita dalam usahanya untuk menutup aurat dengan sempurna.


Nak jadi stylish dan trendy dengan tudung bawal printed? Jom kita baca artikel ini untuk ketahui 10 style terkini!

 

Sejarah tudung bawal

Tahukah anda perkataan bawal itu berasal daripada perkataan dalam bahasa Perancis iaitu ‘voile’ yang membawa maksud cotton

 

Tudung berbentuk segi empat yang lembut dan mudah dibentuk ini menembusi pasaran negara kita pada tahun 1998 dan telah mencuri hati para wanita di Malaysia.


Asalnya popular dengan corak polos, kini tudung bawal tampil dengan pelbagai jenis corak dan juga fabrik.

 

Cara Pakai Tudung Bawal Untuk Lebih Glam dan Cantik

Rata-rata wanita memilih tudung bawal sebagai tudung pilihan mereka. 


Alasannya? 


Tudung bawal adalah yang paling selesa dan mudah untuk dipakai ke mana-mana. 


Setiap daripada mereka pasti memiliki sekurang-kurangnya sehelai tudung bawal dalam simpanan. 


Ini menyebabkan tudung bawal tidak akan lapuk dek hujan mahupun lekang dek panas.


Bukan itu sahaja, tudung bawal mudah digayakan agar tampak lebih anggun. 


Antara style yang anda boleh cuba termasuklah: 

  • Gaya labuh 
  • tudung style labuh

    Bagi wanita diluar sana yang suka melabuhkan tudung dan mementingkan penampilan diri dari segi aurat boleh menggayakan fesyen ini.


    Dari segi pemilihan kain tudung, pastikan ia tidak jarang ataupun nipis. 


    Kini, terdapat banyak jenis kain diluar sana yang tidak tebal dan ringan namun kainnya sangat selesa dan mudah bernafas. 

     

  • Gaya shawl
  • tudung gaya shawl

    Wanita-wanita yang gemar memakai shawl ataupun tidak mahir melilit tudung jenis shawl, jangan risau!


    Tudung bawal juga boleh kita bentukkan ia untuk kelihatan seperti shawl.


    Yang bestnya, tudung bawal gaya shawl tidak memerlukan terlalu banyak pin ataupun jarum peniti seperti shawl.


    Bukan sahaja anda kelihatan anggun, masa mahu bersiap pun jadi cepat!

     

     

  • Gaya Arabian
  •  

    tudung gaya arab

     

    Wanita Arab cantik-cantik kan? Gaya tudung mereka juga sering menaikkan seri wajah dan kekal cantik sekali gus menutup aurat. 


    Kebanyakan wanita Arab gemar memakai tudung cotton (tudung bawal kan banyak diperbuat 100% daripada cotton!) jenis berkedut.


    Terdapat beberapa jenis tudung bawal printed yang anda boleh gayakan ala-ala Arab tanpa perlu digosok dan masih nampak stylish!

     

  • Gaya runcing
  • tudung gaya runcing

    Pipi dan dagu anda tampak terlalu comel? Kita boleh wujudkan efek muka runcing dengan style ini.


    Ya! Cara anda memakai tudung adalah sangat penting dalam memastikan wajah anda memantulkan angle yang meruncingkan.


    Fabrik tudung juga memainkan peranan yang penting bergantung dengan kesesuaian bentuk wajah anda.

     

  • Gaya ringkas
  • tudung gaya ringkas

    Haa, gaya ini gaya favourite student-student di luar sana. Bukan sahaja students, para wanita tidak kira umur amat gemar memakai tudung bawal style begini. 


    Sangat mudah dan ringkas untuk dipakai terutamanya jika nak keluar rumah untuk jangka masa yang pendek.


    Beza style ini dengan tudung sarung, nampaklah anda ada exert lebih effort kerana kebiasaannya kita kaitkan tudung sarung sebagai ‘tudung rumah’.


    Barulah ke pasar pun nampak anggun!


  • Gaya aksesori
  • gaya aksesori

    Berita baik buat peminat aksesori, anda kini sudah boleh menggayakan tudung dan penampilan dengan menggunakan pelbagai jenis anting-anting. 


    Mudah sahaja, pastikan anda memakai inner tudung. Kemudian, pinkan anting-anting secara kemas. 


    Tarik bawal printed anda ke atas kepala seperti biasa dan ikatnya ke belakang. Pin juga dibelakang dan tepi sebagai final touch

     

  • Gaya moden
  • gaya aksesori

    Gaya moden ini diinspirasikan oleh Mira Filzah dan sangat trendy dalam kalangan wanita muda. 


    Yang bestnya, ia senang digayakan menggunakan tudung bawal daripada pelbagai jenis fabrik. 


    Seperti yang kita lihat melalui gambar Mira Filzah diatas, beliau nampak sangat cantik dan anggun menggayakan style ini bersama tudung bawal printed


    Anda juga boleh tampak anggun dan cantik sepertinya! 


    Caranya, anda lipat tudung bawal printed anda macam selalu sebelum menarik bahagian kanan ke bahu kiri dan pinkan. 


    Bahagian tudung sebelah kiri pula ditarik kemas ke belakang dan di dalam tudung, dililit hingga ke hadapan dan diselit di bahagian lilitan di leher.

     

  • Gaya turban
  • gaya turban

    Gaya ini juga memiliki peminatnya yang tersendiri terutamanya wanita-wanita urban yang ingin membawa penampilan yang chic.


    Gaya ini mudah sahaja. Sarungkan inner tudung sebelum melilit tudung bawal anda seperti dalam gambar diatas.


    Dengan berhati-hati dan cermat agar tudung anda tampak kemas, lapiskan helaian tudung anda tadi ke atas kepala (rujuk gambar).


    Siaplah, gaya tudung secara turban!

  • Gaya pejabat
  • Bagi para wanita yang ingin tampil cantik namun masih juga kelihatan professional untuk penampilan ke pejabat, anda boleh cuba gaya tudung ini.


    Semenjak pandemik melanda dunia, kebanyakan daripada kita runsing memikirkan style yang sesuai untuk menghadiri meetings secara atas talian. 


    Mujur Fazura hadir sebagai heroin wanita-wanita di Malaysia dengan style tudung bawalnya yang manis.


    Style ini lebih terserlah dengan tudung bawal printed macam Fazura pakai dalam gambar di atas kan? 

     

  • Gaya klasik
  • gaya klasik

    Gaya yang terakhir, gaya klasik tudung bawal yang sering menjadi gaya pilihan rata-rata wanita.


    Malah, gaya ini juga sesuai untuk semua situasi sama ada formal dan casual.


    Bentukkan tudung secara tiga segi, pendekkan bahagian dalam (Adjust ikut kehendak kelabuhan yang anda inginkan). 


    Pastikan kedua-dua bahagian adalah sama panjang sebelum pinkan pada bawah dagu. 


    Tarik belah kiri dan pinkan pada bahu kanan dan tarik pula belah kanan dan pinkan diatas kepala. 

    Haa, bestkan bergaya pakai tudung bawal? Stylish gittew!


    Sekiranya anda masih lagi tercari-cari tudung bawal printed yang sesuai, anda boleh browse tudung bawal yang cantik-cantik di Fana Couture.


    Fana Couture merupakan online store yang menjual koleksi-koleksi tudung pelbagai gaya dengan harga yang berpatutan.


    Bukan itu sahaja, Fana Couture telah berkembang dari perniagaan yang kecil kepada perniagaan besar yang hebat di dalam dan di luar negara.


    Frasa #bergayabersahaja adalah slogan mereka yang memacu usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan kolektif dalam menjalankan perniagaan. 


    Selain itu, khidmat pelanggan mereka juga bagus kerana Fana Couture menjunjung tinggi rasa saling menghormati dalam membina hubungan dengan pelanggan mereka.

    Dapatkan Koleksi Tudung Bawal Fana Couture Anda Sekarang!