BUY NOW PAY LATER Spend RM150 & above, pay with SHOPBACK or ATOME today! [Malaysia Only]
Bawal Satin: Bergaya dan Manis Di Pagi Raya
April 21, 2022

Posted by BOMSTART MEDIA

Pemakaian bawal satin ialah salah satu fesyen yang sering menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita ketika sambutan lebaran. 

Lebih-lebih lagi setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat beraya di kampung halaman disebabkan pelaksanaan PKP dahulu. 

Sebab itu, mereka semakin excited untuk menyambut raya pada tahun ini. Jika diperhatikan, platform media seperti radio dan media sosial sudah dipenuhi dengan iklan pakaian raya. 

Oleh itu, kami juga tidak mahu ketinggalan dalam memberikan cadangan fesyen iaitu koleksi bawal satin daripada Fana Couture! 

Selamat membaca. 

Tips Bergaya Dan Manis Di Pagi Raya

Sebelum kita memeriahkan lagi sambutan raya, ada beberapa tips yang perlu diketahui bagi menjamin keselesaan sepanjang hari: 

  •       Bersihkan diri

Perkara yang paling utama sebelum menyambut hari perayaan ialah membersihkan diri ketika di pagi raya. Membersihkan diri ini termasuklah mandi, memotong kuku, dan juga memakai wangian. 

Apabila kebersihan kendiri terjaga, ia bukan sahaja menaikkan seri, malah ia juga membuatkan anda tampil lebih bergaya di pagi raya. 

  •       Memakai baju baru

Sambutan raya merupakan hari lebaran yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun. Masing-masing tidak sabar untuk mengenakan pakaian raya yang baru. 

Lebih menarik ialah anda boleh memilih baju raya sedondon seisi keluarga. Pasti gambar raya pada tahun ini lebih kemas dan meriah. 

Oleh yang demikian, anda perlu memastikan baju tersebut bersih dan selesa dipakai sepanjang hari. 

Elak memakai baju raya yang terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan. Ini boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa ketika menyambut hari lebaran.  

  •       Pemilihan kasut

pemilihan kasut

Amalan kunjung-mengunjung tidak lagi asing dalam budaya masyarakat Malaysia pada masa kini. 

Untuk itu, anda perlu memilih kasut yang selesa sepanjang menziarahi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan ketika raya. 

  •       Warna tudung dan baju yang sepadan

Bagi wanita yang berhijab, pemilihan warna tudung adalah sangat tricky. Anda perlu memastikan warnanya boleh dipadankan dengan material dan warna baju raya.

Satu tips untuk kekal nampak anggun dan bergaya ialah pakaian raya anda tidak melebihi tiga warna.  

Sebagai contoh, warna gelap sinonim dengan pembawa watak yang elegan. Manakala, warna terang membawa mood yang ceria dan manis. 

Antara pilihan koleksi tudung yang boleh anda padankan dengan baju raya anda adalah tudung-tudung dari Fana Couture. 

Rekaan tudung Fana Couture sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi seperti satin, chiffon dan cotton. 

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui design satin terbaru dari Fana Couture.

Koleksi Bawal Satin Hanya Di Fana Couture

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa koleksi tudung bawal yang diperbuat daripada material satin. 

 

  • Dhea Premium

bawal satin

Koleksi tudung bawal satin Dhea Premium ini membawa tema versatile dan sesuai digayakan bersama baju kurung raya bercorak minimalis. 

Ia diperbuat daripada satin matte, iaitu sejenis material yang tidak terlalu licin. Selain itu, koleksi tudung ini juga mudah dipakai dan fabriknya juga lembut. 

Jadi, anda tidak perlu risau dengan masalah awning kerana Dhea Premium ini amat mudah terbentuk dan terletak cantik di atas kepala. 

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi tudung satin Dhea Premium, anda boleh klik di sini untuk melihat corak yang lain.  

  • Arya Premium

 

bawal satin corak

Buat anda yang meminati tudung yang bercorak dan printed, koleksi Arya Premium merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. 

Sama seperti Dhea Premium, tudung ini juga amat bersesuaian dipadankan dengan baju kurung raya yang minimalis atau plain. 

Untuk koleksi ini, anda digalakkan untuk membasuh secara soft wash.  

  • Julia Premium

bawal satin printed

Koleksi Julia Premium juga antara yang terbaik buat anda yang sedang mencari tudung bawal satin. 

Coraknya adalah unik serta sedikit berbeza dengan koleksi yang dinyatakan di atas. Selain itu, ia diperbuat daripada lustrous sheen satin yang pastinya berikan efek flowy kepada si pemakai.

  • Naura 

 

 bawal satin

Koleksi Naura diperbuat daripada material Matte Satin 100%, ia sememangnya ringan, selesa dan sesuai dipakai di Malaysia. 

Sekiranya baju raya anda mempunyai corak, anda digalakkan untuk mengenakannya dengan tudung yang plain seperti koleksi Naura. 

Ini bertujuan untuk mengelakkan corak yang terlalu padat pada kedua-dua pakaian raya. 

Di samping itu, koleksi Naura juga amat sesuai dipakai untuk penampilan casual pada hari-hari bekerja. 

  •  Qisha Premium

bawal satin printed

Koleksi Qisha Premium menjadi salah satu pilihan terbaik untuk penampilan Syawal pada tahun ini. Awning tudung ini amat mudah terbentuk dan selesa dipakai sepanjang hari. 

Selain itu, tudung ini juga tidak melekap dan mudah untuk digosok. 

Kesimpulannya, pemilihan tudung bawal satin sempena hari raya memerlukan tempoh masa yang bersesuaian. 

Hal ini kerana koleksi tudung ini mempunyai pelbagai corak yang menarik serta warna-warna yang pasti memikat hati anda.

Jadi, buat anda yang sedang mencari bawal satin sama ada printed atau kasual, anda boleh melayari di laman web kami segera. 

Kami amat mementingkan keselesaan pemakaian untuk pelanggan dan juga kualiti produk yang berpanjangan. 

Selain daripada cadangan tudung di atas, kami turut mempunyai koleksi baju raya yang minimalis dan menarik untuk dipilih. 

Dengan bertemakan “Kepulangan Yang Dinanti”, kami amat menitikberatkan aura beraya para pelanggan. 

Semestinya anda semua sudah tidak sabar untuk menyambut hari raya bersama keluarga yang tercinta di kampung halaman. 

Selain daripada onlineplatform, kami turut mempunyai beberapa cawangan di lokasi-lokasi berikut:

  • AEON Mall Shah Alam
  • Bangi Sentral 
  • KL East Mall 
  • Melawati Mall 
  • East Coast Mall 
  • Aeon Mall Kota Bharu 
  • KTCC (Kuala Terengganu City Centre) 
  • Dataran Austin 
  • Ipoh
  • Sungai Petani 
  • Aman Central Mall 
  • Aeon Tebrau City 

Jom dapatkan koleksi tudung bawal satin untuk sambutan Syawal pada tahun ini di Fana Couture. 

Dapatkan Koleksi Tudung Sempena Raya Sekarang!


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping